Cari Blog Ini

Jumaat, 30 September 2011

PJJ : MAKLUMAN KEPADA PELAJAR KOHORT 2 PPG PJJ UPSI YANG BARU MENDAFTAR PADA 24 & 25 SEPTEMBER 2011 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sesi tutorial  yang pertama akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2011 bagi pusat pengajian di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Bagi pusat pengajian negeri-negeri   lain adalah pada  8 dan 9 Oktober 2011. Harap maklum

Khamis, 29 September 2011

Tips: Tugasan Blog!!!!!

Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini . Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger. 
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
1. masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
2. private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..

Rabu, 28 September 2011

TUGASAN KRT3013TMK


1.    Tugasan 1A  - Forum 10%
                       -tarikh akhir 3/10/2011

2.    Tugasan 1B – Esei 20%
-         Secara individu
-         Cara hantar emel kepada pensyarah mengikut 

Kumpulan
-         4 hingga 5 m/s sahaja dalam format pdf/doc/mana-mana format yg bersesuaian
Soalannya:
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik 
darjah .Sebagai guru di sekolah rendah,jelaskan isu berikut:
1.    Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah
2.    Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (1)

3.    Tugasan  1C – Pembangunan Blog 30% - Blogger
-         Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru
-         Markah akan di beri mengikut perkembangan blog
-         Tarikh akhir 12/Dis/2011