Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pengumuman PJJ

PENTING : MyGuru2 SIMPLIFIED VERSION
Kepada semua pelajar terutamanya PJJ, laman utama MyGuru2 diubah sedikit agar lebih ringan dan mudah. Hal ini bagi mengurangkan beban memori MyGuru2 yang sejak akhir-akhir ini mendapat akses yang tersangat tinggi. Oleh yang demikian, bagi subjek yang dipaparkan di laman utama, tiada lagi link pantas untuk ke forum, private message dan sebagainya. Untuk ke laman tersebut, klik dulu ke subjek berkaitan. Pada Course Tools sebelah kiri, klik kumpulan (cth Group EL-N01, A_PJJ), klik forum, private message atau mana-mana link yang berkaitan.

PENTING : TUGASAN (ASSIGNMENT) MELALUI URL
Kepada semua pelajar terutamanya PJJ, pihak ICT telah mengubah kaedah penghantaran tugasan (assignment) kepada pensyarah, daripada muatnaik fail terus ke MyGuru2, kepada muatnaik ke mail Siswa, jana link URL dan pastekan link URL tersebut ke MyGuru2. Kami lakukan ini kerana 3 sebab :

1. Muatnaik ke Mail Siswa lebih laju dan stabil kerana Mail Siswa disokong oleh Google Mail.
2. Pelajar boleh menyimpan fail secara kekal dalam emel masing-masing.
3. Kapasiti untuk muatnaik fail jauh lebih besar berbanding MyGuru2.

Oleh yang demikian, mohon pelajar semua memuatnaik fail tugasan anda ke Mail Siswa, jana link dalam bentuk URL, dan pastekan URL tersebut pada bahagian URL di Assignment MyGuru2. Rujuk manual ini untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan